Saturday, September 24, 2011

Ayam Goreng Bercili - Sumber www.potretkasih.com


Pertama kali saya memohon keizinan dari tuan empunya blog www.potretkasih.com, untuk berkongsi resepi Ayam Goreng Bercili ini. Sekali pandang sudah tahu kesedapannya. Disebabkan rasa ingin berkongsi jadi saya menyelitkannya di dalam blog saya.

Ayam Goreng Bercili ni lauk berbuka puasa semalam. Semalam tu letih betul sebab mengemas rumah!! So masak pun sempoi2 jerrr. Lagi pun, sekarang ni otak pun dah naik buntu tak tau nak masak apa…..  Tengok kat peti sejuk  cuma ada ayam ngan ikan tongkol jerr… At last saya suruh my princess yang buat decision!! Ayam ni dia mintak masak ayam masak merah. Dan Ikan tongkol pulak ayahnya yang buat decision. Ikan tongkol saya masak asam pedas !!! Sayur tak ada…. Kita orang belasah ulam timun jerrr.
Resepi Ayam Goreng bercili
1 ekor Ayam ( dipotong dan di bersihkan)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
minyak untuk menggoreng secukupnya
* Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng  masak dan ketepikan.
Bahan sambal
10-20 biji cili kering ( boleh adjust ikut citarasa)
1 inci halia
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai ( boleh di kisar sekali atau di titik sahaja)
3 biji buah tomato ( kisar dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tomato/cili
1/2 cawan susu cair
garam, gula, perasa
Daun ketumbar ( tabur ) – kali ni tak letak.
Cara membuatnya
1. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, serai dan halia.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan tomato kisar dan susu cair, kacau.
3. Sesuaikan rasa dan jika kepekatannya agak sesuai masukkan ayam goreng tadi.
4. Kacau sebati dan angkat. Taburkan dengan daun ketumbar ketika menghidang.

No comments:

Post a Comment